Jumaat, 12 April 2013

This Is My Blog!

Assalamualaikum.

Hari ni hari jumaat. sejak menjadi warga UIAM Gombak ni, hari belajar aku ada 4 hari dan hari cuti aku ada 3 hari. menarik tak menarik hidup aku sekarang? haha. walaupun namanya hari cuti, berapa jam saja masa untuk aku berjimba? masa-masa yang lain dipenuhi dengan study sahaja. *macam tipu*

ok, aku tak berniat pun nak merepek apa-apa kat entry ni. just nak mendeclare perubahan blog yang bakal aku lakukan sekejap lagi. Kenapa nak merubah-rubah blog ni? tak ada kerja? 

sebenarnya, masa mama aku stalk blog aku, mama aku cakap, "buruknya blog ko Ara?". ermmm... agak tersentap di situ ye. betullah tu apa yg mama cakap. memang blog aku buruk pun. aku tak tau mau ubah bagaimana lagi. semua design yg tersedia di segala web tak menepati cita rasa. 

background aku nak ubah yg simple2 dan bewarna putih. macam dekat belog si Lutfi tu...
 (star CFS, sapa tak kenal?) dah tengok blog dia? COMEL kan background dia? bintik-bintik hitam macam jeragat gitu.
kemas pun ye blog nya tu. tapi aku malas nak baca entrynya sebab font dia kot. lepas tu saiz fontnya kecil sikit. aku suka font yg aku guna sekarang. dan tak berniat nak ubah kepada font baru. 
Tapi follower lutfi tu, korang tengok wei. masa mula2 aku follow dia, seratus lebih je. sekarang? femes kott budak tu. hhahaaha. 
maybe sebab dia selalu 'Blogwalking' kot. salah satu strategi nak tarik follower. "u follow i, I follow u. deal?" atau maybe entrynya yg memang memukau? entahlah.

Then, aku nak tukar konsep blog aku. konsep blog aku sekarang ni ialah mebebel panjang-panjang sampai orang pun malas baca. *Kalau korang tak mengaku pun, aku tau lahhhhh . aku nak buat macam blog kak Syakila. Serius comel. simple and nice. heeeee~

Title blog ni dah tukar kepada P.E.A.R.L ... sebabnya aku tak ada idea nak letak nama apa. terdahulu, Hanani Lee lah, Arabella Gracia Grace lah, Black Pearl lah, My Bed Story lah. last2 letak nama pearl je.
 description about this blog pulak aku letak "your country need you". tag line tu sebenarnya wataniah punya tagline. saja ambil. napa? sebab tak tahu nak letak description apa sebenarnya. kalau tengok dah tukar benda lain makna nya aku dah boring.

ye, aku tersangatlah boring memegang sesuatu benda tu lama2. cepat sangat boring. termasuk blog ni. kalau bosan sikit, mula lah tukat title, design dan sebagainya.

ABOUT ME
oke, dekat situ aku nak buang nama ara bella tu. nak tukar nama lain. gambar pun  aku nak buang. gambar hape ntah yang aku letak tu. tapiiiiiiiiiiiiiiiii. masalahnyaaaaaaa............. aku tak tau macam mana nak tukar nama dan buang gambar. terpaksa pergi CFS, carik Lutfi. kehkehkeh

akhir kata, aku sengaja tak letak apa-apa gambar kat entry ni. saja nak buat korang boring, membaca apa yg aku bebelkn sorang-sorang ni. heeeeee~ Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Template by Suck my Lolly