Followers

Khamis, 21 Februari 2013

Roommates Problem? alahai...

 Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. selawat dan salam buat nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga bagianda dan sahabat-sahabat baginda seluruhnya....

Assalamualaikum!

Oke, hari ni saya secara tiba-tiba mau membuka cerita tentang kawan sebilik atau lebih dikenali dengan RUMATE.

29/1/2013 -------> taking degree at IIUM, Gombak  and get new roommates.

Sebelum hari pendaftaran, aku tak berhenti berdoa dapat rumate yang baik dan baik seperti rumate ku yang sebelumnya.
masuk-masuk bilik, perrggghhhh...


Both of them are senior. from Singapore i guess. Banyak songeh wei....
Hari pertama dah dapat SURAT CINTA kat atas meja.

Please Switch off your alarm, please do not make noises, and also do not leave your windows open to avoid from monkeys coming in. i hope for your kind understanding.
HAHAHA -aku tau itu salah aku, tapi at lease bagi la peluang 1 je lagi. kalau aku buat lagi baru la bagi surat cinta tu. ni takkkkk.......

sejak hari tu aku dah tak set alarm . Ada satu hari tu, aku bangun lambat sebab memang tak sedar. alarm x ada. masa tu aku salahkan kakak2 tu je sebab tak bagi bukak alarm.

sakinah pulak dapat KATA-KATA CINTA dari mereka.

-pagi-pagi jangan buka lampu
-jangan bising. mereka mau tidur.

pukul berapa tu wei.? matahari dah naik kottt... monyet pun subuh2 dah carik makan...


sejak hari itu sorang kakak tu aku dah tak nampak sampai sekarang. mana pergi aku tak tau. dan pertama kali dalam bilik, aku dan kinah bercakap secara bisik-bisik. ataupun kami mesej waima dalam 1 bilik yang sama... sebab kalau bising nanti kena marah. kami tersangatlah berhati-hati dalam berkata-kata.

Masa pukul 8 pagi kinah tengah mengaji then kakak sorang tu masuk compartment kinah dan cakap, mengaji tu perlahan sikit. Dia mau tidur... serius. aku tak sangka. ingat benda ini ada dalam TV, derama melayu je. tapi jadik di alam reality kot...

Bila aku masuk bilik pastu tanya kinah pasal satu benda, tiba2 kinah suruh diam. tak bagi bercakap. aku tanya lagi, kinah suruh diam. serius pelik. ni mesti ada jadik apa-apa...

oke, aku nampak kinah nangis. aku biar dulu....

bila outing baru kinah cerita, kakak tu tengking dia sebab dia alihkan meja streka. bising. akak tu mau tidur.
it is normal things oke. setakat bukak loker, tarik kerusi. bunyik air dekat toilet tu pun boleh dengar dari bilik kami. apatah lagi benda kecik-kecik tu....

time tu aku nampak yang kinah sangat bertekad nak tukar bilik. apa yang terjadi biarlah. dia memang nak tukar. Dia dah tak tahan dah.. tapi aku memang malas nak tukar bilik, nak alih2 barang lagi.  kinah cakap biar dia pindah bilik sorang2! kehkehkeh


aku rasa benda dah jadi semakin serius. kalau berdiam je, memang tak boleh, jalan yang terbaik ialah kami kena jumpa 4 mata. mereka jugak kena faham kami.... ini bilik kami jugak. for the first time aq cuba memberanikan diri. serius sangat berdebar-debar nak bercakap dengan kakak tu... takut2 kakak tu tengking aku balik , atau halau aku keluar dari bilik dan yang paling kejam kakak tu mencederakan aku....

pada malam tu aku bercakap dengan kakak tu. masing2 membuka fikiran dan hati untuk memahami antara satu sama lain. aku jugak mention, sebagai rumate, kita tak boleh diam saja. aku buat kerja aku, kau buat kerja kau. aq cuba ambil hati dia, cakap kami junior, kami sangat perlukan kakak senior untuk membantu kami dalam segala hal. Pada malam tu terlerai segala kekusutan. dan sejak hari tu .....

-kalau dia nak keluar bilik dia bagi tau kami dulu...
-dia selalu share makanan dengan kami
-dan itu je... ada la cakap sikit-sikit lagi. nak cakap nya nak buat-buat mesra tu boleh untuk menjernihkan hubungan tapi nak sekepala dengan seikhlas hati tu... ermmmm... mmmm...

Kinah nak jugak tukar bilik. aku pun tak paham mengapa. mungkin sebab aku tak rasa apa yang dia rasa. aku tak kena tengking macam mana yg dia kena. sebab tu aku tak rasa terdesak untuk change room. Kami pergi ke mahallah office (MO) and they said that the application to change Mahallah was closed.

Aku tau kinah kecewa sangat. aku agak dia menangis sorang-sorang dalam bilik tu....

aku redha je. tukar bilik ke tak tukar bilik ke sama je. Dan nak tak nak sakinah terpaksa terima semua tu. kami terpaksa cuba menyesuaikan diri untuk bertahan hidup bersama2 kakak tu selama 1 semester.

beberapa hari selepas tu ada orang cari akak tu untuk bagi surat. akak tu tak ada dalam bilik, then orang tu tampal je surat tu kat depan pintu. MO bagi surat wei.

REPLY LETTER: APPLICATION TO CHANGE MAHALLAH. OMG. OMG. OMG. akak tu tukar mahallah la....Terkejutnya aku masa tu, perasaan aku masa tu, fikiran aku masa tu, Allah je yang tahu.

Saat kita bersedih-sedih dengan apa yang kita tak dapat, sebenarnya Allah sedang merancang sesuatu yang baik tentang kita. kami tak perlu kemas-kemas barang, tak perlu bersusah hati lagi kerana kakak tu sendiri yang akan pergi dari bilik itu......

p/s: kawan-kawan ada bertanya, kenapa tak marah balik kat kakak tu? kenapa tak lawan je? kita ada hak! suruh je kakak tu balik negara dia! (haaaa... yang tu da melampau)

ada sebab kenapa kami diam.

-sebab dia masih seorang kakak pada kami
-dia masih rumate kami
-dan kami hormatkan dia sebagai seorang yang berpengalaman di IIUM ni...
-bila dia warning kami, dia cakap inggeris, kami tak tau nak balas apa. sebab tu kami diam je...


#apa yang aku boleh cakap sekarang, kalau ada orang buat something yang MENJENGKELKAN, tak payah lah nak carik pasal, bergaduh, melawan balik. setakat benda kecik-kecik, setakat sombong2 tu biasalah manusia.
bersabar. kalau masalah tu macam dah nak teruk, walau semacam mana pun manusia tu, cuba bawak berbincang cakap baik2. mayb ada something yang kita tak tahu dan tak faham tentang dia....

#sekurang-kurangnya walaupun salah seorang memang nak tukar bilik, masa tu biarlah kita berpisah dalam keadaan yang baik. dan hati masing2 sudah bersedia untuk memaafkan dan dimaafkan...



2 ulasan:

  1. set alarm pun x blh? wah..agk melampau 2 =_="

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/2013/02/perginya-seorang-sahabat.html

    BalasPadam
  2. Semoga selepas ini. Allah akan menganugerahkan kakak senior tersebut rumate yg tersangatlah pendiam dan lemah lembut. buat kerja pun tak berbunyi , tahu tahu dah siap je.. Amin.

    BalasPadam

 

Template by Suck my Lolly