Followers

Sabtu, 15 Disember 2012

Mencari Kehidupan Baru

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, sahabat-sahabat baginda dan ahli keluarga baginda seluruhya. Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, semalam 14 December 2012, saya dengan jayanya telah menamatkan paper exam Mid-sem saya yang pertama dan terakhir....

Kebelakangan ini saya dengan rasminya telah memulakan kehidupan yang baru dan insyaAllah lebih baik dari sebelumnya. Hal ini kerana...


Saya kerja di TASKA!!!! ~IIUM educare~


Itu je? tak payahlah beria sangat!

HAHAHHA.. bagi korang benda tu memang perkara kecik je, tapi besar maknanya bagi aku.

Kenapa ? Kenapa? Kenapa? Kenapa?Kenapa? Kenapa?

-Sebab, kerja di Taska impian aku dari dulu sebenrnya. Aku dengar kawan aku ashik cerita je pasal kerja kat taska. Jaga budaklah, mandikan dioranglah, nyanyi sama-sama, belajar membaca sama-sama, ber-huha bersama, bak kata orang kerja di taska tu macam bermainmain je.Aku pun berimpianlah sebegitu....

-Sambil belajar, boleh cari duit. gaji pun agak lumayan... Dengan duit tu nanti aku nak beli cincin emas :), then, bila aku tengah pokai, aku jual lah emas tu... kedai emas berlambak wei... hohoo



aku ada terfkir jugak, kalau nak beli henpon memahalpun macam membazir..



1. sebab henpon tu manja, jatuh sikit dah mati
2. Harga henpon tu jatuh bila2 masa, bila kita beli mahal2, sebulan lepas tu kawan kita beli dengan harga ciput je...
3.Bila aku pokai, bukan senang nak cari orang yg nak beli henpon terpakai. Kalau jual pun, hrga time tu dah jatuh...
4. Aku ni memang jenis orang yang tak minat nak beli gadget2 ni. oke, Aku minat la jugak gadget2 ni, tapi gak tak minat nak keluar duit semata2 untuk gadget2. aku kalau nak sesuatu gadget tu, tunggu bapak ngn mama belikan je lah.. huhu

-oke, sambung... sebab saya rindukan adik-adik saya. bukan senang saya nak balik ke kelantan yang tercinta tu. bila layan budak2 yang kebanyakan sebaya dengan adik2 saya, bolehlah saya melepaskan rindu...

-sebab degan bekerja, jadual hidup aku berubah 360 darjah.

Masa aku awal-awal dekat CFS ni, punyalah boring. dalam 5 hari waktu bekerja, 2 hari je ku kelas. sekali kelas 2 jam. hari2 yang lain tu hidup aku kosong. Nak belajar je memanjang? memang tak lah.

Dulu, kalau tak ada kelas, kerja aku kalau tak tidur lambat, bangun lambat, atau tengok cerita korea, movie, facebook, twitter dan tidur balik. Nak cakapnya kemahiran menguruskan hidup tu tak ada lagi.



tapi bila aku apply kerja dekat taska IIUM educare tu, aku tak sangka pulak dapat kerja hari2. ingat dapat 2-3 hari je. serta merta jadual hidup aku jadi padat.

Jadual kerja aku dari pukul 8.30 pg - 6.00 petang.

Automatik, hidup aku tersusun dengan sendiriya.
- Aku dah tak tidur lambat lagi sebab esoknya nak kena bangun pagi pergi kerja.
-setiap malam aku paksa diri aku untuk study sebab aku dah tak ada masa lain nak study, malam2 je. hari siang aku bekerja.
-baru aku rasa nikmatnya cuti sabtu ahad. kalau tak, tak ada beza hari sabtu ahad dengn hari2 lain. Sekarang, time hari cuti lah aku gigih nak study....
-dan aku lebih menghargai masa. masa2 yang aku ada aku spendkan untuk perkara2 yang berfaedah saja. tak cukup masa nak buat benda2 huha-huha ni.
and what i can say now
I'm happy with my new life!

dan aku target, seminggu sebelum final exam aku nak resign. hohohohooo.. atas izin Allah :)
 Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Template by Suck my Lolly