Followers

Ahad, 4 November 2012

SPM DAN DOA :).

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Selawat dan salam buat nabi Muhammad s.a.w, sahabat-sahabat baginda dan ahli keluarga baginda seluruhnya. Assalamualaikum semua!! (sape sume tu? poyo je...)

esok 5 NOVEMBER 2012. hari permulaan perjuangan untuk adikku yang baik dan pandai Shafira Nur Aini bt Rusly.





SELAMAT ber-SPM FIRA! semoga dapat result cemerlang macam ara..! hehe (perasan). Then, masuk UIAM eh.

tadi baca-baca tweet orang. tetiba ada orang share doa yang sangat menarik hati aku. sungguh mendalam maksud doa tersebut. insyaAllah aku nak msg doa ni kat fira yang sedang bersenang lenang di asrama tu. kenapa aku cakap dia bersenang lenang? sebab selama ni dia duduk rumah je. bila minggu SPM ni je dia baru pindah sekejap kat asrama. kat rumah biasa lah, dia kena bantu mama. aku selama ni kat UIA, dia je lah yang jadi kakak sulung dan mengatur adik-adik yang lain. sian budak ni. orang lain SPM belajar, dia nak SPM kena layan adik-adik, tolong mama. takpa fira, Allah tahu setiap apa yang kau lakukan. asal ikhlas, pasti segalanya jadi mudah kerana kau menyenangkan hati ibubapa.

bapak jugak pernah berpesan kat aku semasa aku SPM. time tu kat otak aku, aku memang rasa strees dan rasa susah bila nak study, sambil tolong mama, jaga adik-adik. bapak cakap, jangan pernah jadikan adik-adik alasan untuk kau tak berjaya dalam SPM. tapi jadikan adik-adik tu semangat untuk kau dapat keputusan cemerlang dalam SPM. bila kau bantu mama, bapak, walaupun tak belajar banyak pun, insyaAllah, Allah sentiasa ada untuk anak yang ikhlas berbakti kepada ibubapa.

Alhamdulillah, Allah telah buktikan kata-kata bapak itu pada aku. buktinya, aku sekarang sedang menamatkan semester akhir di Pusat Asasi UIAM, dalam bidang Undang-Undang. Impian bapak dan juga impian aku. walaupun aku rasa aku tak jawab dengan baik time SPM, tapi Allah membantu.

oke, doa yang aku jumpa tadi tu dari Dr ... aku lupa namanya.. maaf tuan Dr.

KHAS UNTUK SEMUA PELAJAR YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

"Ya Allah, jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan, maka mereka sudah menghafal kandungan dalamnya, memahaminya, mengamalkannyandan menyampaikannya".

"Ya Allah, sesungguhnya aku menyimpan kepada Mu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakannya"

*Jangan pernah berhenti untuk berdoa keran doa itu dapat mengubah takdir. Berusaha dan percaya kepada keajaiban doa. InsyaAllah, kejayaan itu milikmu...

BYE! SEMOGA BERJAYA ESOK FIRA! 

2 ulasan:

 

Template by Suck my Lolly