Followers

Selasa, 13 November 2012

Rezeki Allah itu ada di mana-mana :)

Assalamualaikum. 
hari ini saya nak share something dekat korang. Rahsia murah rezeki. kadang-kadang kita selalu terfikir dan marah kenapa semua benda yang kita buat tak jadik? segala yang kita usahakan sia-sia. kita penat, orang lain senang lenang tapi hasilnya? tak seindah mereka yang senang lenang dan malas berusaha itu. kita boleh kaitkan perkara ini dalam kehidupan seharian. contohnya, saya sebagai seorang pelajar, sering mendengar cerita 'Si dia tu hari-hari facebook saja, tapi exam dia.. mak oiii bukan main hebat!, tapi aku ni, hari hari study je, tapi result.. mak oiii ciput je...'. adakah Allah yang tidak adil? bukan. ini semua rezeki kita. dan satu hal yang kita sering terlepas pandang, iaitu selama ini kita hanya memperhatikan hubungan si dia dengan pelajaran dia sahaja, bukan pada hubungannya dengan Allah. bagaimana pula hubungannya dengan manusia terutamanya pada ibubapa? Pada haiwan? mungkin hal yang kita terlepas pandang itulah yang membuka rezeki mereka. jangan asyik memandang hal orang, tetapi hal diri sendiri porak peranda.. jauhkanlah...




jom baca ! semoga jadi pedoman kita semua!
Oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah Mengenai Rahsia Murah Rezeki.

Punca Masalah Rezeki Sempit:

1. Tidak mengingati Allah S.W.T.
2. Meninggalkan solat 5 waktu.
3. Enggan membayar zakat.
4. Derhaka kepada ibu-bapa.
5. Mengelak melangsaikan hutang (jika berhutang).
6. Banyak dosa besar.
7. Makan harta riba.
8. Makan harta anak yatim.
9. Suka berbohong/ menipu.
10. Terlibat dengan rasuah (memberi atau menerima).
11. Membiarkan ahli keluarga derhaka.
12. Cuai ketika membuang air kecil. Ini beliau khususkan kepada orang lelaki. Jangan membuang air kecil sambil berdiri. Mengikut kajian sains, kencing berdiri akan menyebabkan pelupa, sakit batu karang, dan sebagainya.
13. Sorok dan kedekut ilmu (iaitu orang yg berilmu tapi tidak mahu berkongsi / mengajar orang lain).
14. Suka mengadu domba.
15. Suka menabur fitnah.

Petua Menambah Rezeki:

1. Patuh perintah Allah dan banyakan berdoa.
2. Banyakkan bermunajat kepada Allah di waktu malam.
3. Taat/patuh kepada orang tua.
4. Banyakkan membaca Al-Qur’an setiap hari (Imam Al-Ghazali ada menyebut 4 perkara: Solat, berdoa dan zikir, membaca Al-Qur’an dan bertafakur
mengingati Allah).
5. Selalu lakukan solat Taubat dan istighfar tiap-tiap malam (dengan bertaubat hati akan menjadi bersih, hati yang bersih akan menarik rezeki).
6. Melakukan solat sunat Isra’ dan solat sunat Dhuha (pintu rezeki
terbuka - masalah selesai - hati menjadi lapang).
7. Tawakkal kepada Allah.
8. Banyak bersedekah dengan ikhlas.
9. Menolong orang miskin / anak yatim / dan mereka yang menyambung pelajaran.
10. Memberi makan kepada binatang dengan ikhlas.
11. Menunaikan haji dan umrah.
12. Membentuk silaturrahim.
13. Berumahtangga (bagi yang belum).
14. Berhijrah ke jalan Allah.
15. Amalkan doa-doa untuk murah rezeki (Al-Ikhlas, Al-Waqiah, Al-Kauthsar, Al-Fatihah, doa dalam Al-Mathurat).
16. Yang penting sekali, rajin berusaha.

1 ulasan:

 

Template by Suck my Lolly