Khamis, 27 September 2012

Aku Terkilan Sebenarnya...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda dan sahabat- sahabat baginda seluruhnya.
Assalamualaikum.

Saat-saat  yang dilalui hari ini agak membuatkan aku sedikit terkilan. Dari pagi sampai ke malam.
Pagi-pagi lagi aku dah lambat ke kelas, kelangkabut gila sampai aku  terpakai selipar ke kelas. Nak naik bilik balik tukar kasut memang taklah. Masa mengejar aku. Sebenarnya aku didesak dengan perasaan bedebar dan takut kerana kami difahamkan madam nak bagi kertas midsem untuk sub. Introduction to Islamic Law (ITIL). Errmm….

Selangkah, dua langkah, tiga langkah……. Langkah aku diiringi dengan debaran. Dubdapdubdap. Terbayang-bayang apa yang telah aku jawab time exam masa tu. Dan terbayang-bayang juga result yang bakal aku dapat. Errrmmmm…

Masuk je kelas. MADAM TAK ADA. KELAS DIBATALKAN. Masa tu perasaan menyampah melangkaui perasaan lega.. entahlah. Sebenarnya aku terkilan tu… (penat kot aku berdebar-debar).


PAGI berlalu dan datang TENGAHARI bagi menggantikan shift. Aku pergi ke English Day event kat AMF. Serius. Terkejut gak aku. Meriah sungguh kalau nak dibandingkan dengan ENGLISH DAY time batch kami dulu. INI TAK ADIL!. Ok seterusnya aku menjenguklah gerai-gerai yang lain. Judges tengah ambil markah. Muka peserta2 sume tengah cuak. Kahkahkah.

Aku masuk ke Dewan. Event macam dah nak bermula. Eh, ada Husni lah dia jadi emcee. Hebat kau Husni. Aku duduk. Boring. Bukak tab. Tengok twitter, boring jugak. Event bermula. Eh, ada Ally Iskandar lah. Kami dihiburkan dengan video-video buatan group LEM0520. Serius besssssttttt sangat. Kagum aku dengan budak2 first year ni. Idea diorang sume fresh! Lagi sekali, aku kagum lah!
Anis Annura call. Dia Tanya aku kat mana. Aku kat tengah2 dewan tu, cam mana aku nak describe. Aku cakap aku kat tepi2 tapi tengah. Dia tak faham (kalu aku sendiri pun tak faham). Ramai orang kotttt. Memang tak Nampak. Nak taknak, aku kena berdiri biar dia nampak. Bila aku berdiri, sesuatu benda terjatuh ke lantai. Oh… tab aku. Masa tu aku terdiam, memang takboleh nak menjerit dan dah takboleh buat apa dah. Aku membelek-belek. RETAK kot skinnyeee… sedih gila dooowwhhh…. Time tu aku diam je. Tenangkan diri.


Aku tak da mood nak duduk lama-kat situ. Aku terus balik. Jalan sorang-sorang tengok orang sana sini. Aku nak tenangkan diri sebab aku terkilan sebenarnya. Tab tu baru lagi. Hadiah dari bapak untuk aku. Aku sayang sangat dengan tab tu. Dan tab tu akhirnya cacat walaupun masih berguna.
Masa tu yang aku fikir, aku just kena tenangkan diri sebelum aku salahkan anis yang memaksa aku berdiri dan sebelum aku menyalahkan diri aku yang sangat lalai. (FAKTA: sebenarnya bukan salah anis dan diri aku sendiri yang lalai dan alpa.) Cuma, perasaan itu yang menyalahkan sana sini…. Konklusinya aku terkilan…
Perkara tersebut membuat aku tidak ada mood untuk study walhal exam semakin menghampiri.


Malam baru aku ada mood nak study (sebenarnya aku terpaksa kerana dah janji dengan Emy). Aku ada cakap banyak benda kat Emy memandangkan kami lama tak sembang sebab sudah tak sekelas. Aku terkilan sebab ada benda yang sepatutnya aku tak perlu cakap. Memalukan tahu!
Habis study aku pergi bilik Sakinah. Ajak study group ngan Emy hari selasa nanti. Ada perkara yang perlu aku ubah ye dengan perangai aku. Aku terkilan sebab ada benda yang tak perlu aku lakukan. Memalukan tahu!

                        
Sekarang, tiba masanya untuk aku musahabah diri. Aku perlu berusaha buang yang keruh ambil yang jernih kerana sebagai manusia kita sedia maklum yang kita tak sempurna. Dan sentiasa berusaha untuk sempurna juga tak salah.Cuma berpada-padalah. Susah juga kalu semuanya nak perfect. Kalu ada terkurang mana-mana, itu ujian Allah dan kalu ada yang terlebih dari mana-mana aspek, itu juga ujian dari Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Template by Suck my Lolly