Khamis, 5 Julai 2012

ada hikmah sebenarnya

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

diri ini langsung tak perasan, hari yang ditunggu-tunggu telah berlalu.
aku?
aku redha dengan ketentuan Allah. semalam, aku luahkan aku ceritakan segala-galanya kat mama. rasa lega sangat hati ini. dan saat itu juga aku baru tersedar, besar sangat harapan mama dan bapak kepada anak sulungnya itu.
dan aku bertekad untuk mengambil beberapa langkah kehadapan, demi masa depan aku.
semoga Allah permudahkan segala-galanya.



CERITA LAIN.
Ada seorang budak, namanya SAKINAH.
dia adalah kakak dan sahabat saya dari baby hinggalah sekarang :)

Sakinah tiba-tiba final semester ni buat hal la pulak
tiba-tiba cakap dah tak minat dan tidak berperasaan nak belajar law. tapi cer tengok dia punyer title blog ::  
I LAW STUDENT. bukan main bangga mengaku law student.

aku akui la jugak, bukan kehendak dirinya sendiri mengambil course law tu. dia sebenarnya bercita-cita nak jadi arkitek. dari sekolah lagi.
hari-hari cakap kat aku yang nanti bila masuk U nak amik senibina. 
Sakinah tu hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. rezekinya, dapat bidang Undang-Undang di UIAM. 

adoyaii akak, fikir lah sebaik-baiknya, semasak-masaknya. ini demi masa depan anda.

::: dari tadika kami 1 kelas, darjah 1,2,3,4,5,6. kami satu kelas. tingkatan 1,2,3,4 kami satu kelas, tapi kami terpisah selama 1 tahun, time tingkatan 5. dan kami ditakdirkan 1 Universiti dan 1 kelas lagi semester ini dan semua subjek kami 1 grup. alahaiiii....
konkusinya? tiada apa-apa.

SATU PENGAKUAN
sebenarnya, saya tak tahu nak tulis pasal apa. kbai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Template by Suck my Lolly