Followers

Ahad, 3 Jun 2012

CGPA ara kantoi

Assalamualaikum.
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Bila baca tajuk entry kat atas mesti korang pelik dengan akukan, tak malu ke cakap kat orang yang CGPA kita sendiri kantoi?
sebenarnya tadi tetiba terdapat email yang tidak dikenali, dengan tajuknya "CGPA ara kantoi"

terkejut aku. masa itu hati berdebar-debar sangat. apa yang terjadi sebenarnya.
ada orang bukak student portal aku then tengok CGPA aku yang sem lepas ke? Ya Allah, jauhkanlah....

satu lagi yang memelikkan. esok 4 jun baru student CFS, IIUM dapat result untuk sem 3, 2011/2012. macam mana tetiba cakap CGPA aku kantoi. memandaai jeee.. lempang kang!

AKU PUN BACA SATU PERSATU BAIT-BAIT AYAT YANG ORANG TU BAGI KE AKU. SATU HURUF PUN TIDAK TERTINGGAL. YA, WALAUPUN SATU HURUF. PERCAYA LAH. :)

Salam ara...

Ceria-ceria selalu yer :-)

"Syed...macam mana nak ceria. CGPA saya kantoi!!!"

Hehe...bertenang yer....baiklah bukan saya nak
tujukan kepada ara  CGPA ara  
kantoi ataupun tidak ?

Ok....berapa CGPA ara  sekarang???

2.55??

2.99??

2.00??

1.99??

Setiap orang mungkin akan cakap dia kantoi
dengan CGPAnya. Istilah kantoi mungkin
berbeza daripada setiap individu dengan
individu lain. Mungkin calon tersebut
target CGPA 3.99 tapi dia hanya mampu
dapat CGPA 3.49. Bagi calon seperti ini
dia dah cakap dia kantoi.

Mungkin juga sesetengah calon akan kecewa
dan menganggap CGPA nya kantoi bila dapat
CGPA 2.30. Itu sebab saya katakan setiap
daripada individu berbeza istilah "kantoi"
ini.

Baiklah tak mengapa...saya ceritakan bagaimana
CGPA ini memainkan peranannya dalam pemilihan
untuk dapat kerja.

ara  mesti tahu kan apa tu Dean List,
Second Class Upper, Second Class Lower
dan sewaktu dengannya. Dimana kedudukan
CGPA ara  sekarang ara  
tak perlu risau kerana ara  dah
usaha sebaik mungkin sebelum ini. Jika ada
masa perbaiki CGPA menjadi lebih baik lagi,
saya syorkan untuk ara  teruskan.
Jangan Give Up!!!

Bakal majikan akan melihat CGPA ini bagi
mengklasifikasikan pelajar yang bijak dan
yang kurang menonjol kebijaksanaannya lagi.

ara  tahu kenapa saya cakap
"kurang menonjol kebijaksanaannya lagi"???

Sesetengah daripada kita hanya bijak bila
dengan buku sahaja. Sesetengah yang lain
bijak apabila bekerja dan ada juga yang
CGPA tinggi capai langit pun tapi tak mampu
lakukan kerja dengan baik. Calon sebegini
perlukan masa untuk lebih menonjol.
ara  tak percaya ke?

Percaya atau tidak...ara kena
percaya juga ? sebabnya suatu hari nanti
ara  pasti akan berjumpa orang
sebegini.

Jika CGPA ara  kurang menyerlah,
jangan mengaku kalah. Masih banyak lagi
elemen-elemen yang bakal majikan boleh
menilai ara . Tonjolkan elemen-elemen
yang terpendam ini. Jangan mengaku kalah
jika CGPA ara rendah atau tak
capai target.

ara  pernah dengar tak CGPA ini
hanyalah tiket sahaja untuk mendapat kerja?
ara jangan terkejut orang yang
mendapat CGPA 2.75 lebih hebat daripada
orang yang mendapat CGPA 3.89. Gaji pun
lebih lagi daripada orang yang mendapat
Dean List. Semua ini ketentuan Ilahi...ara
kena percaya dan teruskan usaha.

Jika ara  mendapat keputusan CGPA
yang cemerlang, itu bonus bagi ara .
Tiket mudah untuk mendapat tempat ke temuduga.
Tetapi belum tentu lagi ara diterima
yer ? Ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi
jika ara  di dalam golongan ini...hehe

Apa pun saya doakan kejayaan untuk ara ...

Sekian sahaja untuk kali ni.

GOOD LUCK!!! ?


fROM: s*** ****


P/S: Hooooohooohoo, itu je pon, iklan2 web site dia je. 
TERIMA KASIH kepada pemberi email:
* kerana mengingatkan aku yang esok result keluar, Allah masih beri kita masa untuk berdoa banyak-banyak, walaupun sedikit terlambat, percayalah Allah maha penyayang.
*terima kasih kerana mendoakan kejayaan aku. 


BYE: Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Template by Suck my Lolly