Followers

Sabtu, 19 Mei 2012

UPDATE saja

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W, Ahli keluarga baginda serta sahabat baginda seluruhnya..
Assalamualaikum ...

wwaaaaaaaaaaaahhhhhhhh!!!!!!!!!!
lama sesangat tidak mengupdate blog. kenapa? kerana malas. lagi? kerana internet selow membuat saya bertambah malas untuk mengupdate blog. konklusionnya? saya bukanlah seorang blogger yang setia.

aku nak celebrate atas kejayaan KELANTAN menjuarai piala FA, buat pertama kalinya.
biarlah goal penalti sekalipun, janji kelantan menang.

aku akuilah jugak, macam boring sikit. Sime Darby bagi saingan yang agak sengit dan Kelantan malam ni, main macam tak best sangat. tapi ok la. Shahrul Idlan Talaha tak menonjol sangat. Tapi Piya ngan Gaddar best gile main. nampak la stamina diorang terlebih..

CERITA LAIN

Alhamdulillah,
pada 10 mei yang lalu saya telah menamatkan pengajian saya pada semester 3, 2011/2012 di CFS IIUM. dan semester depan merupakan semester terakhir saya di CFS, IIUM yang tercinta..

hidup aku kat CFS ni selain study, banyak di warnai dengan CMC. hohoho..
aku dapat kenal ramai orang, belajar banyak benda tentang multimedia, cari pengalaman dan cari pengalaman. best!

bila bergaul dengan banyak orang, ofcozla banyak ragam yang kita jumpa dan banyak sangat peragai yang aku terpaksa hadapi.... yang buruk aku jadikan pengajaran, yang baik aku contohi..


diorang sume inila comittee CMC. sangat best dan terhibur bekerjasama dengan diorang tu, course lain2. lagi2 bila berkerjasama dengan budak pandai dr course Medic /pharmacy. oke, yang aku dapat perhatikan, budak2 pharmacy kat CMC ni, diorang sume pandai cakap. sangat pandai mengalahkan budak laws seperti aku. budak Laws sendiri lost bila cakap dengan diorang tu.

aku tak rapat pun dengan kawan2 kelas aku. aku boring kat kelas. aku hanya rapat dengan budak2 CMC saja. aku pun x tau napa. Ainahpun dia cakap cam tu jugak... aku harap sangat hubungan kita ni dapat bertahan sampai bila2. waima kita nanti melangkah jauh untuk menggapai impian dan kerjaya masing2, harap sangat kita semua tak lupa dengan kenangan2 kita, gelak ketawa stess tesyen marah gadoh dan berbaik semula dalam CMC ni.

aku berazam nak ajak korang sume (CMC) datang majlis time aku kawin nanti. korangla VIP aku. hohoho.....

KAWAN KELAS

serius. aku biasa-biasa saja dengan mereka. tiada kenangan manis mahupun pahit.
tapi bila hari-hari menghadap muka yang sama. belajar sama2. kadang2 balik mahallah sama. tensyen sama2.
rasa rindu sikit-sikit dengan korang tetap ada. 


apa-apa pun korang pernah jadi orang-orang yang mewarnai hidup aku time semester 3 ni. aku tetap ingat korang semua dan berharap hubungan kita walaupun biasa-biasa saja tetap berkekalan sampai bila-bila2. manalah tahu mungkin hubungan kita lebih rapat pada masa hadapan. siapa tahu? itu semua aturan Allah.


oke. aku suka giler dengan group ni. ini group Introduction to Legal Skills (ILS). kitaorang selalu buat assignment sama-sama secara tak langsung aku dapat faham dengan perangai diorang masing2.
Emy- seorang yang sangat rajin dan bagi komitment dengan sebaiknya. emy bila bercakap sangat penuh perasaan dengan suaranya yang sangat perlahan. aku sendiri tak percaya dia tu pendebat sekolah.

Helmi- budak ni aku kagum sangat. dia seorang yang bercita-cita tinggi. sangat bersemangat. dan dia adalah jiran jauh sekolah aku kat Hulu Selangor ye..hoho

Ariff- seorang yang selamber je... tapi otak die tiptop. dia classmate aku time sem 1, tapi sepatah pun aku tak penah cakap ngan dia dulu and aku pernah rasa dia sombong, sebab tu aku tak tegor dia dulu..hoho.. rupa2nya dia tak sombong pun. baik je..

bye!
aku tak sabar nak masuk semester 1, 2012/2013...
kelas aku free giler! haha..



1 ulasan:

 

Template by Suck my Lolly