Followers

Selasa, 6 Disember 2011

ingatlah sebelum kamu sendiri yang pergi...

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, selawat dan salam buat nabi junjungan, Muhammad s.a.w, sahabat-sahabat baginda dan ahli keluarga baginda seluruhnya...

minggu lepas, semalam, semalam lagi, hari ini......
banyak berita tentang kenalan dan orang yang sebaya-sebaya kita telah pergi menghadap Allah....
walaupun saya tak kenal mereka, hanya dengar berita saja, hati tetap tersentap. mereka, muda lagi. tapi telah dipilih Allah untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
berdebar-debar hati. macam mana kalau diri ini sendiri yang dipilih Allah lebih awal untuk pergi dari masa yang dijangkakan.
Sudah bersediakah?
kalau tanya kepada diri sendiri, memang belum lagi bersedia.



tiba-tiba teringat semula, datang semula, terbayang semula dosa-dosa yang kita lakukan dari dulu sampai sekarang.
solat dan segala ibadah yang kita lakukan dalam keadaan terpaksa atau rela.
ketidakikhlasan kita dalam berbakti kepada ibubapa.
dosa-dosa kecil yang kini sedang mengembang untuk menjadi besar.............dan banyak lagi dosa yang tak terjangka oleh diri kita sendiri, sampai saat ini pun kita masih melakukan dosa.

tidak terfikirkah kita:::
kadang kala Allah sengaja sampaikan berita kematian hingga sampai ke telinga kita walaupun kita tidak kenal dengan si empunya badan.
kenapa?
kerana Allah nak kita ingat dan insaf bahawa Allah boleh ambil nyawa kita bila-bila masa sahaja. tidak kira umur dan tidak kira situasi.
jangan bila diri sendiri yang pergi baru nak beringat, baru nak bertaubat, baru nak berbakti.
dah tak ada masa dah.
Hidup didunia ini singkat sangat. Berapa sangatlah amalan dan pahala yang kita boleh kutip untuk dijadikan bekalan di akhirat yang sememangnya kehidupan kekal abadi itu.
jadi ambillah peluang dan masa yang diberi Allah untuk mengutip pahala dan amalan sebanyak-banyaknya.


Kawan-kawanku yang masih mudamudi.
Beringatlah, bertaubatlah dan berbaktilah sebelum diri kita sendiri yang pergi.....
menghadap Allah::

wassalam

2 ulasan:

  1. bagus la blog2 kau.. semua tulisan kau kbykannya matang.. aku suka ^^ hihi

    keep it up girl :)

    BalasPadam
  2. erm betol gak tu.. kadang2 pelik.. kita selalu dengar tentang kematian orang yg kita x pernah kenal.. tapi.. sebenarnya allah sedang mengingatkan kita ..

    BalasPadam

 

Template by Suck my Lolly