Ahad, 13 November 2011

Mat Som bin Mat Top

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, selawat dan salam buat nabi junjungan, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda seluruhnya.....

tadi pagi saya dengan kawan pergi Mid Valley lagi.... dengan alasan nak memperbetulkan cermin mata saya yang hampir musnah.... tapi Alhamdulillah, kami sempat sampai dengan segera, dan akhirnya cermin mataku berjaya di selamatkan...syukur...

THEN,
kami pergi ke MPH untuk meluangkan masa kami dengan aktiviti bermanfaat. membaca memang menjadi hobi kami sejak azali lagi ~sehinggakan rakan2 di kampus menggelar kami si ulat buku.... :p <Tolong jangan percaya kata2 tersebut, kerana perkara itu akan membuat anda tak tidur malam memikirkan kesahihannya>

di MPH saya bertungkus lumus mencari buku yang berbahasa Inggeris, tidak lain tidak bukan untuk menaiktarafkan penguasaan bahasa Inggeris saya yang sememangnya amat memilukan....
DAN......
TAADAAAA!!!

judul: Mat Som
penulus/pelukis: Lat
bahasa: Inggeris
harga:13.90

best buku ni. time tunggu bas tadi, sempat jugak baca, tergelak ambo sorang-sorang kat situ....semua mata memandang pelik...erm? biarlah....
*isi dalamnya berupa komik. mengisahkan kehidupan realiti di sebuah bandar. berlatarkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Mat Som bin Mat Top ni, macam biasa, lelaki melayu bujang yang selalu kekeringan duit. tapi yang menariknya, walaupun dia tidak berduit tetapi dia seorang yang berpengetahuan. kerja part-time dia penulis artikel di sebuah syarikat surat khabar. pendapatan dia kadang-kadang ada kadang2 tiada. kalau artikel dia di terima surat khabar berkenaan, dapatlah dia duit....
dalam masa yang sama yang buat dia binggung, apabila dia menerima surat daripada ayahnya yang tercinta, dan dalam surat itu menyatakanyang ayahnya menjodohkan Mat Som dengan seorang gadis yang dulunya teman sepermainan Mat Som...huhu.. sampai disini sahaja ulasan percuma saya sebab saya tak habis baca lagiiiiiii.:)... to be continue...


sebelum saya mengakhiri entry ini, izinkan saya membuat sedikit sebanyak

pengakuan..

saya
rindu
mama
bapak
adik-adik
saya!!!!! huhuhu
lama lagi nak balik....
mood: rindu kampung halaman.....

wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Template by Suck my Lolly