Selasa, 15 November 2011

DIA TAK SOLAT

dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang. selawat dan salam buat nabi junjungan, Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, dan sahabat-sahabat baginda seluruhnya






dia tak solat. itu je yang saya nak cakap. perasaan saya bercampur baur, berbelah bahagi.
oke. dia baik, friendly tapi saya tak pernah nampak dia solat. mula-mula kenal dia, ingatkan Allah bagi dia cuti, tapi dah 2 minggu dah, takkan lama sangat Allah bagi cuti.....??? ingatkan nak diam je la... ialah, hidup dia, dia tanggung, hidup saya saya tanggung. tapi tiba-tiba terdetik di hati ini..

nanti kat akhirat Allah bangkitkan balik perkara tu macam mana? kita tahu perkara sebenar tapi kita diamkan saja. memang sebagai sesama islam kita bertanggungjawab untuk saling menasihati. apabila namanya tanggungjawab kita kena laksanakan dan perkara itu akan dituntut kelak..

dan tiba je waktu maghrib, azan berkumandang, time tu jugak la dia nak pergi makan, bukan sekali, tapi banyak kali....
lagi, rambutnya berwarna. saya risau sangat. macam mana dia laksanakan mandi wajib? adakah air tu terkena rambut? saya tak tahu. Ya Allah, saya memang risau sangat. macam mana ibadah dia kalau mandi wajib dia tak diterima? macam mana kalau esok dia mati? tak sempat laksanakan solat lima waktu? tak sempat pun nak bertaubat...YaAllah, macam mana ni, hambaMu ni takut sangat........





nak nasihatkan seseorang untuk bersolatpun payah sangat. rasa bersalah,  risau dia berkecik hati, tiba-tiba putus kawanlah apa la. walaupun cara hidup dia berbeza sangat, tapi kami still boleh berkawan...
tapi, tiba-tiba rasa ujian dan tanggungjawab yang Allah bagi ni berat sangat...

alahai diri ini, itu baru sikit yang Allah berikan, kamu dah anggap berat.....
tanggungjawab yang Rasulullah galas lebih berat, bukan setakat mengajak orang solat, tapi menyeru orang kafir untuk masuk Islam. pelbagai cercaan, cabaran, hinaan yang Rasulullah dah terima, tapi Rasulullah tetap sabar dan tenang dalam meneruskan dakwahnya. saya? tak dimula lagi, tapi sudah terasa berat.....

hhhhmmm... nampak elok tersusun sejadah dan telekung dalam loker tu. cantik!
tapi mesti lebih indah kalau digunakan untuk menghadap Allah.....

apa yang perlu saya lakukan??? saya buntu.......................................................
saudara/saudari. bantulah diri ini dalam melaksanakan tanggungjawab dari Allah...

4 ulasan:

  1. assalam ukhti, ini permasalahn romate @ kwn yg biasa kita dgr :) lantunkan ucapan semanis n serendah diri yg mungkin.. bertanya sabab sebenarnya, bawa secara perlahan. apa kata nk seru dia secara halus untuk bersolat time ukhti solat ajak dia berjemaah, secara tnp sedar dia akan merasa ad seseorg yg cuba membimbing dia :) beranikan diri :) share ilmu2 dan kuatkan video2 yang berupa agama, bukan atas nama untuk memerli tetapi untuk santapan nurani kita semua dan juga dia... insyaAllah..

    BalasPadam
  2. mule2 nk ubah mmg payah.. tapi yg penting mesti ade kekuatan.. insyaallah Allah akan bantu =)

    BalasPadam
  3. awak kena cakap jugak..buat suara yg ceria..mcm.eh awk!..jom solat! jgn wat suara mcm org nak bagi tazkirah..roommate awk tu kte kene guna pendekatan yg ringan2 skit..kalau bebel pjg takot dia x phm..ok!muka kene senyum jer..lama2 cair la kwn awk tu..fitrah manusia itu sendiri..sukakan kebaikan.

    BalasPadam
  4. saya pun setuju dgn pendekatan menyeru secara ringan n santai. Sukar tapi perlu istiqamah. Dalam pada itu berdoalah agar dia diberi hidayah. InsyaAllah.

    BalasPadam

 

Template by Suck my Lolly